bumi tuhan
aku masih berada di bumi penjajah ini selepas 4 bulan. menghitung hari, sebelum ke bumi lagi satu...yang lebih sejuk!!! ahhh...bosannya. rindukan panas malaysia. sungguh. ini bukan rindu main-main. rindukan keluar rumah tanpa pakai jaket tebal dan sarung tangan. renyah. bosan.
beberapa minit lagi tengah malam sebenarnya tapi mata enggan tidur. bukan enggan tidur sebenarnya tetapi tidak akan dibenarkan tidur. hinggalah aku puas hati dengan study. 5 hari lagi exam. aku cuak. cuak yang teramat cuak. dah lama sangat aku tak jawab exam dalam bahasa penjajah. kalau aku mimpi dalam bahasa mereka barangkali aku tak terlalu bimbang. aku tau apa yang aku baca. kalau kau mau aku jawab dalam bahasa aku...aku boleh cerita berkajang-kajang kertas. tapi ini...ahhhh rimasnya.
keseorangan...di bumi asing...tengah-tengah malam...fuhhh..
teman aku cuma mug merah. inilah kawan baik aku malam-malam. isinya nescaffe pahit. biarpun aku tahu nanti aku akan pening kepala tapi aku minum juga. manusia...begitulah. tak pernah nak belajar dari perit semalam. mengulang ulang perit sampai dia lali. kemudian mendabik dada berkata ...aku tabah. fuh..tak malu. dosa berselirat di sana sini.
sudahlah AKMA...jangan ikutkan perasaan...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home