Tuesday, May 30, 2006

Buat Diman

Kasih yang tidak kesampaian memang amat memilukan Diman. Sahabat boleh datang dan pergi mengatakan TABAH. Tapi hati yang tercalar..lukanya pasti berbekas.

Pandanglah dunia dengan pandangan kasih Diman. Kadang kita persoal kenapa Tuhan menghukum. Kita tidak ketemu jawapan. Kita marah. Masa berlalu...kita ketemu jawabnya. Ketika itu kita tunduk syukur.

Sampai saat ini...berita yang AKMA dengar itu masih macam mimpi. Kalau AKMA berada di tempat Diman...begitulah juga yang AKMA akan lakukan. Mungkin kerana keserasian ini yang buat kita senang rapat.

Melangkahlah terus. Andai tiada lagi jalan kembali...jangan di kesalkan.

+
AKMA diabadikan dari dunia maya pada 27 Disember 2005. AKMA kemudiannya hilang. Hijrah. Suatu hari AKMA tidak tenteram. Sesuatu sedang berlaku. Lalu AKMA berikan link yang baru kepada dia. Moga ada sesuatu yang boleh dikutip sepanjang perjalanan AKMA. Tapi apa yang ditakutkan AKMA terjadi juga.....AKMA terlambat.

AKMA amat sebak...dan AKMA sudah putuskan. AKMA akan kembali.

@ 3:42 PM   1 comments

Monday, May 29, 2006

Cubalah

Aku dah malas sebenarnya melayan manusia manusia yang tak berhati perut. Cakap ikut suka tanpa fikirkan apa orang lain rasa tapi bila dah terduduk baru nak mula menyembah-nyembah. Aku jenis manusia yang praktikal(semua orang Taurus macam ni kot). Susah nak marah. Tapi kalau dah marah...cubalah!!!

Dan dah memang jenis susah sangat tak nak trust orang. Tapi kalau dah cukup fakta...aku tak akan bagi muka...cubalah!!!

Kita hidup dalam dunia kecil..amat kecil. Kita juga hidup sementara...amat sementara. Cuba-cubalah hidup dengan jujur.

Ntahlah...silaturrahim bagi aku...amat aku hargai...jangan cuba-cuba untuk dikhianati!

@ 1:33 PM   0 comments

Thursday, May 25, 2006

Hari yang damai





Melangkah perlahan...tiada tujuan. Sesekali pandangan terhenti melihat kuntuman bunga yang mula mekar. Tangan menyentuh pepucuk pohon yang mula keluar.

Melarikan pandangan ke langit....biru...tenang...damai.

Indahnya bumi Mu yang satu ini Tuhan.

Aku menarik nafas...dalam-dalam dan melepaskan perlahan.....ada rasa lapang yang teramat.

Aku selesai menamatkan amanah di bumi Sweden.

Terima kasih Tuhan...

@ 8:36 PM   0 comments

Sunday, May 21, 2006

Pantasnya masa

Minggu lepas serasa terlalu pantas berlalu. Siang dan malam seolah sama. Dan ketika diuji sibuk begitu...ketika berjaga malam begitu...rindukan Milo panas tersayang. Tidak pernah jemu suri itu menemankan aku bersengkang mata....walau dia sendiri pun keletihan menguruskan anak-anak.

Sayang...abang rindu..amat-amat rindu.

@ 1:59 AM   0 comments

Friday, May 19, 2006

Aiman tak kisah

aiman ade kawan,
nama dia arif,
umur lima tahun macam aiman,
tapi dia kecik aje.

aiman tak kisah!!

kalau main main
arif cepat letih
dia jalan lambat lambat
aiman selalu pimpin tangan arif

aiman tak kisah!!

arif sakit..
dia HIV positif
bila dia tak sihat
aiman teman alif baca buku kat rumah

AIMAN TAK KISAH!!

@ 2:37 AM   0 comments

Wednesday, May 17, 2006

Jibam will make a comeback!

Terkejut dan terkedu!!!

Kelu...

Offline message dari Ghoyye ringkas. Amat ringkas tapi buat aku senyum. Senyum yang panjang. Moga terubat rindu pada pencipta karakter Jibam

Terima kasih!

Dan Jibam pun terus melangkah...

@ 1:06 AM   0 comments

Saturday, May 13, 2006

13 mei 2006





AKMA...Berhentilah Menjadi Air Segelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.

“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

“Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru, “setelah itu kau minum airnya.”

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air asin.

“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.

“Asin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis keasinan.

“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

“Sekarang, coba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”

“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”

“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan.

“Tapi Nak, rasa ‘asin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya qalbu yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”


: : : : : : :

“Berkata (Musa), “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,” (25)
“Dan mudahkanlah untukku urusanku.” (26).
[Q.S. 20 : 25 - 26]

“Tidaklah Allah membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya.” [Q.S. 2 : 286]

Sumber : http://suluk.blogsome.com/2006/05/11/berhentilah-jadi-gelas/

@ 9:13 PM   1 comments

Wednesday, May 10, 2006

Pinggan Kayu

SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Azhar dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Ita yang baru berusia enam tahun. Lelaki tua itu amat uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.

Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia
mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !!
Bertaburan kaca di lantai.

Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Azhar melarangnya. Rina masam mencuka. Ita pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Ita mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Azhar hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Azhar.

Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Azhar membeli sebuah meja kecil yang
rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya
menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja
berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama
datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Minah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.

Suatu malam, Ita terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, dimanakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Ita teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan,
tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Ita merenung datuknya
yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Azhar dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Ita seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Azhar menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Ita besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Ita.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Azhar terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Ita menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!

Malam itu Azhar memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Ita beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Ita buang pinggan kayu tu, nak buat apa lagi kan?" kata Ita pada ayahnya selepas makan. Azhar hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti...jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!

Di adaptasi dari cerita yang diterima melalui email. Moga Allah memberkati penulisnya.

@ 7:24 PM   0 comments

Saturday, May 06, 2006

Jibam

Tidak tahu kenapa hari ini agak banyak menghabiskan masa membaca. Mmm...bukan membelek jurnal seperti selalu...tetapi membaca bacaan ringan.Komik mat saleh yang ntah apa-apa. Tidak terkesan langsung di jiwa.

Tidak seperti ketika membaca Ujang masa kecik-kecik dulu. Dan tidak jugak tersentuh seperti membaca karya Ujang dalam Aku Budak Minang dan Jibam.

Gila...dalam ribuan batu dari bumi Malaysia...aku rindukan Jibam. Pelik sungguh!.

Ujang pergi ntah ke mana. Terakhir melihat Ujang berserban...dan dengarnya dia join geng tariqat. Lepas pada tu...langsung tak dengar berita. Di mana pun dia berada...aku doakan dia bahagia....walau aku tak pernah mengenali Ujang secara dekat tapi karya-karyanya buat aku rasa down to earth...dan tidak sedikit yang aku praktikkan....moga Allah balas jasa baiknya....amin..

@ 1:21 AM   0 comments

Monday, May 01, 2006

Sendiri...



Kebelakangan ni...rindu yang mengamuk lain dari biasa. Tidur malam kerap terjaga..rindukan tersayang dan anak anak. Terbayang-bayang lambaian si kecil. Fuhhh...deritanya.

Melompat mencari-cari bahan untuk tugasan..terlompat pulak ke site winter sonata....

Dan aku terkesima...lagu ini...lagu ini...

mengingatkan aku kepada hadiah harijadi yang aku berikan kepada tersayang beberapa tahun dulu....dan segar dalam ingatan...duduk berdua menonton Winter Sonata tu...

Kadang kita kuat...kadang kita lemah...Yang hakikatnya...ianya cuma terjadi di minda.

Kau tidak apa-apa...cuma jarak....

Boleh kau bayangkan ketika Rasul yang satu kehilangan Khadijah?

Bebaskanlah minda...

@ 8:20 PM   0 comments