Sebaik habis meninggalkan pesan terakhir kepada bumi Malaysia, mata sempat melirik jam di tangan. Aduh….lambat!. Berlari ke bilik air. Kemudian berlari ke ’bus stop’. Bas dari Nora Faladen ke kampus baru saja berlalu. Berlari-lari anak ke kampus. Aku sampai di muka pintu dan ’Ohh…there you are. We are waiting for u.”
Hah!!! Aku ke first????? Mati la macam ni.
Tangan masih menggeletar kepenatan masa aku ’on’kan notebook.
Dan dalam mengah…aku hela nafas panjang. Senyum. Dan…”Good morning everybody….”
Aku tidak tahu apa yang aku cakap selepas itu…yang aku tau cuma tepukan di akhirnya.
Dan sepanjang pembentang-pembentang lain menerangkan ‘kerja’ masing-masing….hati berada di bumi Malaysia kembali.
Mengenangkan dua jiwa yang tidak tenang.
Aku pernah lalui...tapi Tuhan izinkan kami terus. Mereka? Ntahlah…aku doakan yang terbaik.
Dan seperti selalu…apa pun yang berlaku selepas petunjuk DIA…lalui….jangan menoleh…DIA lebih tahu.
Mungkin ada bahagia di penghujung hari….mungkin….Mungkin juga ada derita.
Campakkanlah tenang ke dalam hati mereka Tuhan…