Sunday, October 29, 2006
Saturday, October 28, 2006
Manisnya ajaran Islam terasa di bumi asing
Kerapkali ketika berada di bumi asing...hati jatuh cinta dengan patuhnya mereka dengan janji, patuhnya mereka dengan menghormati masa. Juga jatuh cinta dengan betapa pembersihnya mereka. Setiap kali hati tertawan, AKMA bukan jatuh cinta dengan agama mereka...tetapi teringat Rasul Agung. Betapa ajaran baginda menyerap masuk ke hati-hati mereka.
Tetapi mengapa ketika di bumi tumpah darah sendiri...kita masih jauh dari semua itu....masih jauh dari menghayati nilai ajaran Rasul yang Agung. Kita makin jauh sebenarnya...makin jauh...
Manisnya ajaran baginda...tidak terkesan di hati kita lalu buat hati tidak endah ketika tangan-tangan sekelompok manusia berkata....:
1. Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke Mahkamah Syariah. Ini adalah hak yang diberi Artikel 11 Perlembagaan. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
2. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
3. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
4. Tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa dia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
9. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
10. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
11. Sepatutnya Islam tidak tersebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Hati kita memandang sepi tuntutan memorandum Malaysian Consultative Council For Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS). Kita tidak pernah ambil kisah. Berapa lama lagi kita akan biarkan hati kita mati?...
Sehingga tiada lagi Aidilfitri di bumi sendiri?

Tuesday, October 24, 2006
Sunday, October 22, 2006
Ramadhan berlalu pergi...
Selesai solat maghrib di Masjid Morocco, aku melangkah pulang. Menyelusuri Emmastraat sendirian. Menghayati dingin dan sunyi malam. Ada rasa sepi dan sayu yang amat sangat. Sepi dan sayu itu bukan kerana sendirian...bukan. Sepi dan sayu itu kerana Tuhan masih memberi peluang untuk aku menjadi tetamu penuh Ramadhan.
Dua tahun Ramadhan di rantau, amat mengetuk minda. Ada nilai yang harus diterjemahkan di bumi Malaysia nanti.
Ramadhan...kita ketemu lagi ya tahun depan...di bumi Malaysia pula...bersama tersayang dan si kecil. Insya-allah.

Saturday, October 21, 2006
AKMA
AKMA lahir pada 14 Ogos 2003 jam 3.19 petang waktu Malaysia.
Siapa sebetulnya AKMA? Ramai yang berteka-teki. Tidak kurang yang terkeliru dalam meneka jantina AKMA.
AKMA sebenarnya tiada nadi. AKMA tiada nafas. Jauh sekali jantina. AKMA cuma sebuah catatan musafir yang berdebu. Cuma sebuah persepsi. Persepsi musafir. Musafir yang cuba-cuba menzahirkan AKMAnya ke dunia maya. Dan sepanjang catatan perjalanannya, ...sang musafir tidak menuntut agar persepsinya dipersetujui. Sang musafir cuma mahu bercerita....bahawa....jika kau berada di tempatku....Andai Kau Menjadi Aku (AKMA)...itulah yang akan kau tulis....
Satu catatan perjalanan menuju noktah yang menjadi permulaan hidup abadi. Biarlah catatan perjalanan ini menjadi seteguk air buat musafir...dahan kukuh untuk berpaut...atau sekurang-kurangnya tempat aku berbicara buat diri sendiri. Aku mohon kepadaNya....diberikan kekuatan.

Wednesday, October 18, 2006
00.49 am
19 Oktober 2007. 27 Ramadhan 1427. Malam tujuh likur.
Dulu masa kecik-kecik...dekat-dekat dengan malam tujuh likur...Tok akan sibuk cari tin susu. Dia akan tebuk tutup tin susu...masukkan kain buruk yang dah dipintal-pintal...menjadi sumbu. Masukkan minyak 'gas'...dan siaplah...likur...panjut atau nama-nama yang seumpamanya. Dan bila gelap malam berlabuh....bersinarlah rumah Tok dengan api likur.
Ntah gila apa yang merasuk malam ni...aku rindukan suasana tu...
Aku minta pada Tuhan...panjangkan umur Tok. Tahun depan...nak bawak tersayang dan anak-anak balik rumah Tok...nak hidupkan suasana tu semula....
Puas aku meng'Google' likur dan panjut...hanya ini yang aku jumpa....
Tak apalah...sekurang-kurangnya mengubat rindu....

Gambar ihsan http://azryshah.fotopages.com.

Sunday, October 15, 2006
Iftar dan silaturrahim
Sepanjang dua kali berbuka di bumi orang...Allah memberi kesempatan untuk AKMA mengalami dua suasana yang berbeza.
Tahun lepas...berbuka di bumi Southampton, makanannya alhamdulillah cukup dan suasana berbukanya memang ditunggu-tunggu kerana ketika itulah dapat berjumpa sahabat-sahabat dari Malaysia. Memang meriah. Memang terasa 'aura' silaturrahim. Dan saat-saat berbuka samada di Fitness centre atau di mana ada jemputan memang mendamaikan.
Tahun ini...berbuka di bumi Belanda, makanannya...terlalu mewah. Ayam belah empat...atau kadang ayam belah dua...di makan bersama roti arab. Kerap juga hidangan kambing bersama roti arab yang besar...atau kadang kala...nasi daging. Pendek kata...juadah berbukanya terlalu mewah. Dan bukan sekali dua....makanan berlebihan dan terbuang. Sayu hati...tapi...mmm..perut Melayu memang tak mampu nak menghabiskan semua.
Walau makanannya jauh mewah berbanding Southampton...AKMA rasa sunyi. Bukan tidak ada sahabat-sahabt yang boleh bertutur bahasa Melayu (kelompok Indonesia agak ramai di sini) tetapi ntahlah.
Lama AKMA menung....lalu AKMA ketemu jawapannya....Silaturrahim hanya akan lebih erat apabila kita lalui saat-saat sukar bersama. Dan selagi kita belum ketemu saat sukar untuk kita lalui bersama dalam sesebuah silaturrahim...ianya belum membekas di hati.
AKMA teringat silaturrahim Saidina Abu Bakar dan Rasul yang Agung ketika sama-sama bersembunyi di gua Tsur...
Tiba-tiba hati meronta...ingin ke bumi bertanah tandus itu. Ingin sekali melihat gua yang menjadi saksi sebuah ukhuwah itu....
Akan ketemukah nanti...

Friday, October 13, 2006
Wednesday, October 11, 2006
Tali pinggang
Tali pinggang aku dah lusuh benar. Betul. Aku tak tipu. Memang dah lusuh benar. Tali pinggang tu aku beli kat Mydin dengan harga bawah 5 ringgit.
Tadi masa aku nak tanggalkan talipinggang tu, nak basuh seluar aku. Kepala tali pinggang tu tercabut. Aku belek-belek...kemungkinan untuk me'repair'nya adalah amat tipis.
Apakah aku akan memakai talipinggang dengan harga Euro??? Atau apakah aku beruntung seperti orang tu? Yang mendapat hadiah talipinggang mahal???
Aku gelak guling-guling...
Cik....Selamat Hari Lahir!

Friday, October 06, 2006
Gementar
Ketika meletakkan tajuk 'daging, hati, limpa, paru' semalam....hati kecil teringat masak asam hati, limpa dan paru yang mak selalu masak di pagi raya. Terbayang-bayang di mata....Ada sedikit sayu sudah dua tahun tidak dapat bersama mak di pagi raya.
Hari ini...ketika disuakan makanan Iftar di masjid Morocco....jantung seolah terhenti......setalam penuh...hati, limpa, paru untuk dimakan bersama roti.
Lalu AKMA tersentak.
Apabila hati terdetik...dan apa yang di hajat serta merta dapat....selalunya AKMA bakal menerima amanah besar.
Gementar....

Wednesday, October 04, 2006
Daging, hati, limpa, paru..semua ada mak...
Tiba-tiba sementara menunggu berbuka tadi...aku teringat iklan raya ni...ada rupanya kat net....
Adehla...nak raya!!!!!!
Untuk tengok, tekan icon 'play' yang kecik...bukan yang besor...

Monday, October 02, 2006
Ukhuwah bertaut di bumi Tulip
Masa berbuka di Masjid Morocco, member Indo aku, Junaidi bagitau ada sorang Malaysian baru sampai lebih kurang 2 minggu lepas. Hah ya ke??? Maka menjadi kera dapat bunga lah aku. Dapat jer number hp Zaki dari Junaidi...lepas terawih aku terus call. Alhamdulillah. Zaki PTD dari JPM. Datang bersama dua anak kecil.
Sabtu dan Ahad lepas....membantu Zaki pindah rumah. Berterima kasih panjang dia.
Jangan berterima kasih pada aku.
Berterima kasih pada Ustaz Fadzil...dia yang mengajar aku betapa besarnya penghargaan seorang musafir kepada sahabatnya di bumi asing.
Rindukan Southampton....