Sunday, January 29, 2006
Tuesday, January 17, 2006
Salam
selamat sampai di bumi sweden seminggu sudah.
amat berbeza...sejuk sungguh...bandarnya kecil...tapi pemandangannya...klasik!!!! aku suka...
nanti cerita panjang

Monday, January 09, 2006
Terima Kasih Warga Soton
Berada pada hari-hari terakhir di Soton amat meresahkan. Ianya seharusnya menjadi saat-saat gembira...kerana bakal meninggalkan Soton setelah menimba ilmu...walau dalam sesingkat waktu.
Tetapi ianya tidak begitu.
Hati kecil menjerit agar Tuhan memberi sedikit waktu lagi...agar dapat membalas ikatan ukhuwah warga Soton. Ikatan yang amat istimewa di mata hati. Sukar dilafaz..tetapi ianya amat mendalam.
Di Soton...sejuk malam membakar sate seolah tidak terasa dek maraknya ukhuwah.
Di Soton...berat bahu memikul seolah tidak terasa kerana pasti ada yang membantu.
Kelompok keluarga Soton mengajar diri sesuatu...
"Kalau buat kerana persahabatan...kerana niat yang baik...Tuhan sentiasa bersama".
Keluarga Soton mengajar "Berat sama dipikul...ringan sama dijinjing".
Keluarga Soton juga mengajar "Jangan tunggu kesempurnaan untuk mula bergerak".
Sebagai orang luar...pemerhatian demi pemerhatian...seolah menemukan diri dengan sekumpulan manusia yang ajaib. Di panjatkan kesyukuran kerana Dia menemukan dengan manusia-manusia ini. Moga dipermudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat.
Ada beberapa hari sebelum pergi...saya secara peribadi...ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Soton yang telah banyak membantu saya sepanjang musafir di sini. Mohon maaf atas sebarang salah laku.
Azlan & Nani, Abang Taib dan Kak Mi, Ustaz Fadhil dan keluarga, Dr. Kan'an, Ustaz Lizam dan keluarga, Abang Razman dan Kak Lina, Vila 217…senarai ini akan terus berpanjangan…sehingga kepada semua adik-adik undergrad….sebagai tanda terima kasih saya…dari hati yang amat dalam.
Terima kasih warga soton…pengalaman ini akan terus terpahat di hati.
Musafir
9 Zulhijah
+ akan meninggalkan bumi Soton ke Sweden pada 11 Jan 2006 jam 2.00 am

Friday, January 06, 2006
benar lagi...
aku buka kertas soalan warna kuning. aku rasa hampir menitis air mata.
aku tak tahu kenapa Tuhan terlalu baik pada aku.
aku jawab. aku berhenti tepat pada masanya.
aku pandang keliling. ramai yang geleng.
aku pulang. aku sujud. aku menung.
Tuhan terlalu baik pada aku...

Thursday, January 05, 2006
minit-minit akhir...kenapa gundah wahai hati
beberapa ketika sahaja lagi bakal berada di dalam dewan periksa.
beberapa ketika sahaja lagi aku akan rasa macam berpeluh peluh...panas...sejuk.
beberapa ketika sahaja lagi aku akan hantar kertas tu, senyum dan keluar dewan dengan perasaan lega sangat.
pasti sangat itu perasaan akan aku lalui seketika sahaja lagi.
kenapa gundah wahai hati???

Tuesday, January 03, 2006
selamat bersekolah
Hari ini...Amnan mula sekolah. Antara impian terbesar seorang ayah ialah untuk menghantar sendiri anaknya di hari anaknya melangkah ke alam persekolahan. Itu juga impian aku semasa melangkah ke alam rumah tangga.
Hari ini...apa yang aku buat di bumi sejuk sini??? ohhh...
Ketika ini...yang tersayang sudah pasti berlari-lari menguruskan dua si kecil ke nursery...kemudian berlari lari mendaftarkan Amnan...kemudian berlari-lari pula ke sekolah. yang tersayang memang tabah.
Terima kasih Tuhan...kau kurniakan aku seorang wanita agung...terima kasih

Sunday, January 01, 2006
Teruslah melangkah
Letupan bunga api di luar seolah langsung tidak mengganggu aku. Biarlah...Tiada langsung perasaan untuk melihat. Terus mentelaah yang entah bila akan sudahnya. Mata sudah tersengguk tapi rindu mengamuk...
Tahun baru di bumi sejuk ini...tiada beza dari segi azam dan tekad...untuk melangkah menjadi manusia lebih baik. Tapi amat berbeza tidak dapat mengenggam tangan tersayang dan melafazkan niat bersama.
Rindu saat-saat itu...