Thursday, July 27, 2006

Tuhan terlalu baik...

Dapat result proposal + proposal presentation semalam.

Dan seperti selalu...aku menung panjang. Andai dicongak dari logik, apa yang aku dapat sebenarnya tak logik. Aku masih tak percaya.

Aku akan hantar email kepada supervisor yang masih bersantai entah di mana. Aku akan cakap terima kasih atas tunjuk ajar dia (walau supervised aku hanya setengah jam sebelum dia bercuti...aku harus berterima kasih. Adab murid kepada guru). Dan aku akan cakap aku tak percaya apa yang aku dapat. Dan aku rasa aku tau apa dia akan cakap. I told you...bla bla bla.

Ntahlah...buat kesekian kalinya aku rasa, Tuhan terlalu baik pada aku.

Dan aku tau...ini bukan sebab aku...tapi sebab doa mak abah, doa tersayang..dan doa semua.

Doa aku??? Ntahlah...musafir ini berdebu...doanya barangkali tersangkut di lapis langit...

@ 7:48 AM   4 comments

Monday, July 17, 2006

Indahnya hidup...

Chen pening kepala tengok aku. Belum kira coursemate aku yang lain.

"R u done ?"

What? My proposal? Nope..

"Then?"

Then what..??. Noktah.

Aku dah malas sebenarnya nak jawab soalan tu. Proposal aku, aku dah siapkan seminggu lepas. Aku dah submit through email kat supervisor aku sebab dia tengah bersantai musim panas 3 minggu ngan family dia. Aku la satu-satunya manusia yang cuma ada sesi setengah jam dengan supervisor sebelum submit proposal dan presentation hujung minggu ni!!! Dan aku rasa...aku la satu-satunya manusia yang submit proposal kat supervisor sedangkan orang lain masih terkial finalisekan topik. Tapi aku tak bangga pun...sebab aku tau...masalah besar akan menimpa aku. Dan dugaan aku tepat....supervisor aku peram proposal aku selama seminggu...barangkali dalam bakul picnic dia.

Baru tadi aku dapat feedback dia...and guess what??

Dear xxx,
I will read it and give my feedback. Don't worry. Pls. tell the "administrators" to wait a bit also in case a supervisor is on a holiday break. No harm done.
Best regards,
xxxxx


Dan...aku tak ada masa dah sebenrnya...esok aku kena submit proposal aku.

So bila orang tanya aku dah siap ke belum...aku jawab belum sebab supervisor lom kasi feedback...tapi proposal tu lah jugak yang aku akan hantar esok.

Habis tu cam mana???

Habis nak buat cam mana lagi?

Belasah je lah...dunia ni indah...kalau hari ni kelabu...esok...mendung berarak lah...ahaks....

Wish me luck!!!

@ 4:42 PM   0 comments

Sunday, July 16, 2006

Minggu

Ahad ke dua di bumi bertanah datar ini. Tiada yang menarik. Ahad di sini...bermakna bandarnya akan sunyi sepi. Tiada kedai yang buka. Ahad adalah hari keluarga. Menjenguk ke luar tingkap...akan kelihatan anak-anak kecil sibuk bermain di laman rumah masing-masing sambil parents selalunya mengecat rumah atau sibuk dengan pokok bunga.

Dan suasana beginilah yang selalunya buat hati seakan ingin terbang pulang...

+++
Buat tetamu(yang tidak meninggalkan email add) yang bertanya kesan hujan asid di Poland...hayati...



@ 3:18 PM   0 comments

Wednesday, July 12, 2006

Belajar sesuatu...dari kejauhan...

Perlahan melangkah dan memerhati bumi bekas jajahan komunis 2 minggu lepas benar buat jantung terhenti. Walau bumi Poland telah pun diterima ke dalam European Union(EU)...masih jelas kelihatan blok-blok kediaman...typical komunis. kalau sebelum ini di bumi England dan bumi Sweden kita tidak risau untuk menyeberang jalan...tapi cubalah di bumi Poland! Belum tentu kereta akan berhenti. Silap haribulan di seranahnya.

Poland masih merangkak ke arah membina tamadun manusia. Mentalitinya barangkali masih mentaliti kebanyakan orang kita....kereta adalah raja di jalan.

Berkesempatan juga menyaksikan sendiri kesan hujan asid di 'Karkonosze National Park'. Betapa kesan revolusi industri di German, Republik Chech dan Poland menyumbang kepada kemusnahan besar besaran hutan. Dan menyaksikan sendiri betapa kesungguhan tiga negara itu mengkesampingkan sempadan fizikal untuk sama sama 'membina' kembali kawasan hutan sempadan 3 negara itu. Kagum.

Mahu segera pulang...mahu jeritkan bahawa bumi Malaysia masih bertuah...kita masih punya alam sekitar yang baik...tapi kita perlu jaga...sebaik mungkin....agar kita tidak mengulang kesan sejarah revolusi industri...

Bumi Malaysia memang bertuah....

++++

Rindu yang menerjah ke lubuk jiwa seakan tiada penghujungnya...pedih..
Derita yang meronta...seakan tiada penawarnya...luka...
Sunyi menjadi saksi...
Sepi menjadi teman...
Berbicara dengan hati...sendiri...

@ 3:30 PM   4 comments

Monday, July 03, 2006

Alhamdulillah

Terik panas tidak pernah berterusan membakar.

Redup tidak pernah berterusan memberi damai.

Ada turun naiknya.

AKMA selamat sampai di bumi Belanda...meneruskan hari hari terakhir musafir yang makin terus menyesakkan.

Salam kasih buat semua. Kita bicara panjang nanti...

@ 5:19 PM   0 comments