Tuesday, August 22, 2006

Capati

Tiba-tiba semua seakan tidak menjadi.

Minggu yang serba tak kena. Satu demi satu dugaan mendatang. Dan diakhirkan dengan exam yang buat aku terduduk. Keluar dari exam room, aku tak tau nak kata apa. Confident sangat aku akan 'resit'. Memang aku jawab semua soalan tapi aku tak tau apa yang aku jawab. Bila exam statistic bertanya sejarah dan latarbelakang statistik, ia buat aku terkedu. Adehla...apsal la keluar soalan cam ni? Bagi la soalan kira-kira.

Ketika tu...aku tak kisah akan gelengan kepala member-member yang seangkatan dengan aku...aku cuma kisah satu....akan dah prepare untuk satu lagi exam!

Habis exam...sms tersayang di bumi Malaysia. Rasa down sangat. Selang 2-3 hari, Cik online. Orang suruh gi Mannipal study, dia online manjang. He he he. So jadilah Cik tempat aku mengadu pasal exam aku hari tu. Punya panjanag lebar aku citer pasal exam yang rasa akan membunuh....simple jer dia jawab...

"Eleh...nko Angah. Cakap jer"

Hampeh...memang sesungguh hampeh. Dan aku cakap..betul..memang aku tak leh buat. Kalau aku tak kantoi paper tu...aku belanja nko capati. Nak???

Dan...

Hari ini...aku terkedu...bukan sebab aku kena belanja Cik capati....tapi aku tak tau nak cakap macam mana.

Bukan doa aku....tapi doa yang tersayang dan doa mak abah agaknya yang buatkan examiner kelabu mata!

Tuhan...lalu bagaimana lagi aku harus sujud???

@ 9:06 AM   3 comments

Wednesday, August 16, 2006

Ribut laut datang dan pergi

Ada kala kita tenang-tenang saja menghayati tenang laut.

Dan adakala tanpa sebarang alamat, kita dipukul gelombang...tercungap...hampir lemas...

Begitulah ribut laut.

AKMA dilambung gelombang. Yang tersayang dan si kecil-kecil bakal tidak ke bumi tulip. Menyesakkan....hebatnya dugaan ini.

AKMA akan cuba pulang....

Malaysia...nantikan jejak kaki musafir ini dalam waktu terdekat.

@ 1:07 PM   0 comments

Friday, August 04, 2006

Sampling

Sejak akhir-akhir ini perbualan dengan rakan-rakan banyak berkisar mengenai sampling. Lumrah...siap proposal...pening dengan field work planning pulak. Dan dah tentu...sampling method dan segala yang bersangkut paut dengan sampling akan dibincangkan.

Kalau nak kira...sampling bukanlah benda yang asing sangat. Sejak dari kecik kita buat...kita sampling...kita memilih....dari bab makan...sampai la kita besar...

Dan tak lupa dalam bab memilih pasangan...kita juga 'menyampel'...kita harus pastikan sampling design kita betul...juga harus pastikan sampling method kita betul...agar kita dapat maklumat sample yang agak betul...yang agak boleh mewakili population.

Dalam apa juga sampling method yang kita pakai...pasti ada uncertainty...in general...levelnya 0.05....kita berusaha untuk 95% confident.

Tengok...tu apa yang statistik cakap. Dalam apa sekalipun sampling method...pasti ada uncertainty.

kalau kita translatekan pada bab mencari pasangan....sama jer....walau macam mana kita teliti dalam sampling method kita...kita tidak mungkin tahu 100 peratus tentang bakal pasangan kita. Pasti ada uncertainty.

Jadi? Jadi...janganlah terus collect data atau jangan terus sampling. Berhentilah pada satu-satu masa...analysis data tu...dan buatlah kesimpulan. Seperti juga field work...berapa lama kita nak collect sample...bergantung kepada berapa banyak duit yang ada dan dah tentu...apa objektif research.

Pening??? He he he.

Pesan AKMA kepada yang masih terus sampling...masih terus collect data..kononnya nak dapatkan high accuracy...kononnya nak reduce uncertainty....berhentilah...dah sampai masa untuk analysis dan kesimpulan!

Senyum...

@ 5:57 PM   0 comments