Tuesday, May 30, 2006

Buat Diman

Kasih yang tidak kesampaian memang amat memilukan Diman. Sahabat boleh datang dan pergi mengatakan TABAH. Tapi hati yang tercalar..lukanya pasti berbekas.

Pandanglah dunia dengan pandangan kasih Diman. Kadang kita persoal kenapa Tuhan menghukum. Kita tidak ketemu jawapan. Kita marah. Masa berlalu...kita ketemu jawabnya. Ketika itu kita tunduk syukur.

Sampai saat ini...berita yang AKMA dengar itu masih macam mimpi. Kalau AKMA berada di tempat Diman...begitulah juga yang AKMA akan lakukan. Mungkin kerana keserasian ini yang buat kita senang rapat.

Melangkahlah terus. Andai tiada lagi jalan kembali...jangan di kesalkan.

+
AKMA diabadikan dari dunia maya pada 27 Disember 2005. AKMA kemudiannya hilang. Hijrah. Suatu hari AKMA tidak tenteram. Sesuatu sedang berlaku. Lalu AKMA berikan link yang baru kepada dia. Moga ada sesuatu yang boleh dikutip sepanjang perjalanan AKMA. Tapi apa yang ditakutkan AKMA terjadi juga.....AKMA terlambat.

AKMA amat sebak...dan AKMA sudah putuskan. AKMA akan kembali.

@ 3:42 PM  

1 Comments:

  • At 7:11 AM, Blogger AKMA said…

    embun,

    selamat bertamu kembali. andai ada damai di sini...kutiplah. andai ada leka...perbetulkanlah.

    akma

     

Post a Comment

<< Home