Sunday, October 15, 2006

Iftar dan silaturrahim

Sepanjang dua kali berbuka di bumi orang...Allah memberi kesempatan untuk AKMA mengalami dua suasana yang berbeza.

Tahun lepas...berbuka di bumi Southampton, makanannya alhamdulillah cukup dan suasana berbukanya memang ditunggu-tunggu kerana ketika itulah dapat berjumpa sahabat-sahabat dari Malaysia. Memang meriah. Memang terasa 'aura' silaturrahim. Dan saat-saat berbuka samada di Fitness centre atau di mana ada jemputan memang mendamaikan.

Tahun ini...berbuka di bumi Belanda, makanannya...terlalu mewah. Ayam belah empat...atau kadang ayam belah dua...di makan bersama roti arab. Kerap juga hidangan kambing bersama roti arab yang besar...atau kadang kala...nasi daging. Pendek kata...juadah berbukanya terlalu mewah. Dan bukan sekali dua....makanan berlebihan dan terbuang. Sayu hati...tapi...mmm..perut Melayu memang tak mampu nak menghabiskan semua.

Walau makanannya jauh mewah berbanding Southampton...AKMA rasa sunyi. Bukan tidak ada sahabat-sahabt yang boleh bertutur bahasa Melayu (kelompok Indonesia agak ramai di sini) tetapi ntahlah.

Lama AKMA menung....lalu AKMA ketemu jawapannya....Silaturrahim hanya akan lebih erat apabila kita lalui saat-saat sukar bersama. Dan selagi kita belum ketemu saat sukar untuk kita lalui bersama dalam sesebuah silaturrahim...ianya belum membekas di hati.

AKMA teringat silaturrahim Saidina Abu Bakar dan Rasul yang Agung ketika sama-sama bersembunyi di gua Tsur...

Tiba-tiba hati meronta...ingin ke bumi bertanah tandus itu. Ingin sekali melihat gua yang menjadi saksi sebuah ukhuwah itu....

Akan ketemukah nanti...

@ 11:08 PM  

4 Comments:

  • At 5:58 AM, Blogger Khair Hazm said…

    Idham...ko ni bertuahlah..merata dunia dah ko pegi..kalaulah aku dapat melihat seperti ko..bukan lihat dunia dari bawah tempurung jee..aku le ni..Man..punyalah ko tak ingat..anyway selamat berbuka puasa kat negeri orang..hujan lemang kat negeri sendiri, kat negeri orang hujan bende yerk!

     
  • At 7:47 PM, Blogger hakim dirani said…

    Saya, alhamdulillah kerana ramai orang melayu Malaysia di sini. Makanan juga Melayu.

    Tapi biasanya saya berbuka di rumah arab ja, mereka selalu jemput.

     
  • At 4:48 AM, Anonymous Anonymous said…

    kat sini rupanya ko..... satay ayam kat situ dah naik nam po sen. perrgh. rindu rr nak saty ngan ko.. bila ler ko ni nak abes.

     
  • At 12:07 PM, Blogger AKMA said…

    man : negeri sendiri jugak better. nanti aku bali, aku cari nko kat muadzam kita citer panjang.

    wkdin : he he he. jumpa jugak nko aku yek wak. dah naik 60 sen? hebat-hebat. aku abis bulan 3 tahun depan wak. sure aku cari nko punya nak satay..dont worry

     

Post a Comment

<< Home