Tuesday, January 03, 2006

selamat bersekolah

Hari ini...Amnan mula sekolah. Antara impian terbesar seorang ayah ialah untuk menghantar sendiri anaknya di hari anaknya melangkah ke alam persekolahan. Itu juga impian aku semasa melangkah ke alam rumah tangga.

Hari ini...apa yang aku buat di bumi sejuk sini??? ohhh...

Ketika ini...yang tersayang sudah pasti berlari-lari menguruskan dua si kecil ke nursery...kemudian berlari lari mendaftarkan Amnan...kemudian berlari-lari pula ke sekolah. yang tersayang memang tabah.

Terima kasih Tuhan...kau kurniakan aku seorang wanita agung...terima kasih

@ 3:57 AM  

0 Comments:

Post a Comment

<< Home