Wednesday, July 12, 2006

Belajar sesuatu...dari kejauhan...

Perlahan melangkah dan memerhati bumi bekas jajahan komunis 2 minggu lepas benar buat jantung terhenti. Walau bumi Poland telah pun diterima ke dalam European Union(EU)...masih jelas kelihatan blok-blok kediaman...typical komunis. kalau sebelum ini di bumi England dan bumi Sweden kita tidak risau untuk menyeberang jalan...tapi cubalah di bumi Poland! Belum tentu kereta akan berhenti. Silap haribulan di seranahnya.

Poland masih merangkak ke arah membina tamadun manusia. Mentalitinya barangkali masih mentaliti kebanyakan orang kita....kereta adalah raja di jalan.

Berkesempatan juga menyaksikan sendiri kesan hujan asid di 'Karkonosze National Park'. Betapa kesan revolusi industri di German, Republik Chech dan Poland menyumbang kepada kemusnahan besar besaran hutan. Dan menyaksikan sendiri betapa kesungguhan tiga negara itu mengkesampingkan sempadan fizikal untuk sama sama 'membina' kembali kawasan hutan sempadan 3 negara itu. Kagum.

Mahu segera pulang...mahu jeritkan bahawa bumi Malaysia masih bertuah...kita masih punya alam sekitar yang baik...tapi kita perlu jaga...sebaik mungkin....agar kita tidak mengulang kesan sejarah revolusi industri...

Bumi Malaysia memang bertuah....

++++

Rindu yang menerjah ke lubuk jiwa seakan tiada penghujungnya...pedih..
Derita yang meronta...seakan tiada penawarnya...luka...
Sunyi menjadi saksi...
Sepi menjadi teman...
Berbicara dengan hati...sendiri...

@ 3:30 PM  

4 Comments:

  • At 2:09 AM, Blogger aNIe said…

    Salam kenal buat akma...

    Bila kita berada di negeri orang baru kita dpt melihat kebaikan negara kita sendiri...

    Tapi kalau kita tak pandai menjaga alam semulajadi yang kita ada....pasti generasi akan datang tak dpt menikmati apa yang telah dinikmati oleh kita sekarang...

     
  • At 2:48 AM, Anonymous Anonymous said…

    sayangnya rakyat kita blom bangun dr lena yg panjang.
    mensyukuri apa yg DIA hadiahkan buat kita...
    harapnya jgn sampai anak cucu kita tidak berkesempatan mengenali warisan alam semulajadi ini

    -cempakabiru-

     
  • At 10:19 AM, Blogger coklat~vanilla said…

    abg idham
    cik nana aka mentadak mentadu telah kembali kerahmatullah pd 6.30pg, 13 july akibat penyakit br karang dlm hempedu.
    al Fatihah

     
  • At 10:53 AM, Blogger AKMA said…

    cempakabiru : terkejut dengan berita tu. kita doakan rohnya dalam rahmat dan rahimNYA.

    kak lady : ..maka begitulah hidup...tidak kenal terang andai tidak kenal gelap...terima kasih bertamu

     

Post a Comment

<< Home