AKMA
AKMA lahir pada 14 Ogos 2003 jam 3.19 petang waktu Malaysia.
Siapa sebetulnya AKMA? Ramai yang berteka-teki. Tidak kurang yang terkeliru dalam meneka jantina AKMA.
AKMA sebenarnya tiada nadi. AKMA tiada nafas. Jauh sekali jantina. AKMA cuma sebuah catatan musafir yang berdebu. Cuma sebuah persepsi. Persepsi musafir. Musafir yang cuba-cuba menzahirkan AKMAnya ke dunia maya. Dan sepanjang catatan perjalanannya, ...sang musafir tidak menuntut agar persepsinya dipersetujui. Sang musafir cuma mahu bercerita....bahawa....jika kau berada di tempatku....Andai Kau Menjadi Aku (AKMA)...itulah yang akan kau tulis....
Satu catatan perjalanan menuju noktah yang menjadi permulaan hidup abadi. Biarlah catatan perjalanan ini menjadi seteguk air buat musafir...dahan kukuh untuk berpaut...atau sekurang-kurangnya tempat aku berbicara buat diri sendiri. Aku mohon kepadaNya....diberikan kekuatan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home