Saturday, November 11, 2006

Percaya pada gerak hati?

Selesai solat asar...menung di sejadah.

Sedapnya kalau dapat makan roti canai petang-petang mcm ni. Ahhh...jauhnya berfantasi di bumi asing ni. Tak harus melayan rasa!. Sambar jaket...keluar menghirup udara sejuk. Kaki melangkah tanpa tujuan. Teringat stok susu segar di bilik dah habis...cepat menukar haluan ke Toko Tai Wing (satu antara 2 kedai Asia di Enschede).

Tangan mencapai susu dan menuju ke kaunter sambil mata melirik ke kiri kanan.

Terpempam! Roti canai dari Malaysia 2.05 euro (~RM9.60), kari dari Malaysia 1.25 euro(RM5.90)! [Perhatikan tanda halal JAKIM]. Seakan mahu menitis air mata. Sekian lama aku mengulang kedai ini tidak pernah ada tapi hari ini...

Tuhan Maha Mendengar...

Terasa kerdilnya diri....

@ 12:49 AM  

6 Comments:

  • At 9:33 AM, Blogger Iman Mawaddah said…

    Salam AKMA
    Kadang2 kita tak sangka kan..bila masa kita perlukan sesuatu, tanpa kita sedar elok2 je Allah datangkan rahmatNya memakbulkan permintaan kita..Maha suci Tuhan yang Maha mendengar, Maha penyayang lagi Maha mengasihani.

     
  • At 1:49 PM, Blogger hakim dirani said…

    Wah anda sudah dapat makan Roti Canai. saya Alhamdulillah dapat makan selalu kerana ada restoran melayu di sini.

     
  • At 5:40 AM, Blogger INDERA KENCANA said…

    AKMA,
    Tak teringinkah nak makan rendang, satey, gulai lemak ketam, pergedil, mee mamak, tomyam.. bla..bla..bla.. hahahaha... jangan marah.. saya mengusik saja.

    Kasihan. Sebenarnya itulah dinamakan pengorbanan. Kita berkorban sesuatu kesementaraan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih bermakna. Selebihnya pula hanya dugaan Allah semata-mata. Tabahkan hati dan jaga diri.

     
  • At 6:59 AM, Blogger pekan said…

    sblm ni tak perasan sbb tak teringat nak makan kot..

     
  • At 3:21 AM, Blogger AKMA said…

    Iman: Benar sekali...DIA memang Maha Penyayang..cuma kita...kerapkali dikaburi.

    Hakim : Kelana begini kerap buat saya menghargai tiap detik di bumi sendiri...dan sesuatu yang sudah pasti...buat saya amat menghargai tiap detik bersama keluarga di bumi Malaysia.

    Indera: Terima kasih kerana berkunjung lagi. Blog inderara
    sudah menjadi seolah juadah harian saya. :)

    Pisces: Bukan tidak perasan kerana memang setiap inci kedai tu sudah di hafal. :). [Bila berada di bumi asing, bila ketemu makanan dari Malaysia...atau yang berlabel Halal, perasaanya...sukar digambarkan].

    Kepada semua : Terima kasih masih sudi terus bertamu di sini.

     
  • At 6:36 AM, Blogger Jong said…

    salam,
    capati segera, memang makanan saya pagi2 hehehehe

     

Post a Comment

<< Home