Thursday, November 23, 2006

Sup ketam dan denggi

Terima kasih Hirman di bumi Malaysia. Walau dia akan berterusan mengatakan apa yang diberitahu itu cuma perkara kecil, AKMA akan terus ingat sampai bila-bila...dan moga persahabatan kita akan terus hingga ke hujung nyawa. Insya-Allah Man...

Ketika AKMA resah mendengar khabar Abah dimasukkan ke hospital kerana denggi, AKMA berbual dengan Hirman. Walau tidak pasti perkaitan antara sup ketam dan denggi, Hirman menyampaikan tips itu. AKMA browse di sana sini, dan memang banyak berita tentang denggi dan sup ketam. Browse sana sini mencari kalau-kalau ada bukti klinikal perkaitan antara keduanya tapi tidak ketemu. Walau begitu, AKMA sampaikan juga tips itu ke bumi Malaysia dan alhamdulillah...Abah sudah keluar wad apabila bilangan platlette darah meningkat.

Yakin bahawa sembuh bukannya bergantung kepada mana-mana sup...AKMA masih tertanya-tanya apa sebenarnya hubung kait antara sup ketam dan denggi.

Ada doktor-doktor atau pendapat yang hendak di kongsi? AKMA mengalu-alukannya...

p/s: AKMA dengan penuh rasa terharu mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan kesejahteraan orang kesayangan AKMA. Terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

@ 11:49 PM  

3 Comments:

  • At 5:40 AM, Blogger INDERA KENCANA said…

    Jadinya Abahmu yang engkau ceritakan lewat entri-entrimu dulu itu..??
    Ohh.. saya tumpang bersedih atas berita itu dan juga tumpang gembira kerana Abahmu sudah mulai sembuh.

    Sup ketam sememangnya amat baik untuk merawati denggi. Mungkin ianya ubat mustajab yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk hamba-hambanya yang menderita penyakit ini.

    Salam dari Malaysia.

     
  • At 7:10 AM, Blogger pekan said…

    tak tau plak kesahihan antara sup ketam dan demam denggi..

    tapi mmg selalu org mengaitkan sup ketam & demam denggi..

    kat opis nie pun baru semalam diorang berbicara mengenai ini..

    :)

     
  • At 12:16 PM, Blogger abiumar said…

    Assalamualaikum...

    Alhamdulillah Syukur dipanjatkan. Betapa memahami perasaan orang jauh pabila dimaklumkan suatu musibah pada yang tersayang. Resah gelisah tak keruan. Syukur seklai lagi dia menyembuhkan. Amin.

    Alhamdulillah kongsikan maklumat atas tip... sekurangnya si bengkok itu ada faedahnya pada kita bernama manusia.

     

Post a Comment

<< Home