Monday, January 09, 2006

Terima Kasih Warga Soton

Berada pada hari-hari terakhir di Soton amat meresahkan. Ianya seharusnya menjadi saat-saat gembira...kerana bakal meninggalkan Soton setelah menimba ilmu...walau dalam sesingkat waktu.

Tetapi ianya tidak begitu.

Hati kecil menjerit agar Tuhan memberi sedikit waktu lagi...agar dapat membalas ikatan ukhuwah warga Soton. Ikatan yang amat istimewa di mata hati. Sukar dilafaz..tetapi ianya amat mendalam.

Di Soton...sejuk malam membakar sate seolah tidak terasa dek maraknya ukhuwah.

Di Soton...berat bahu memikul seolah tidak terasa kerana pasti ada yang membantu.

Kelompok keluarga Soton mengajar diri sesuatu...

"Kalau buat kerana persahabatan...kerana niat yang baik...Tuhan sentiasa bersama".

Keluarga Soton mengajar "Berat sama dipikul...ringan sama dijinjing".

Keluarga Soton juga mengajar "Jangan tunggu kesempurnaan untuk mula bergerak".

Sebagai orang luar...pemerhatian demi pemerhatian...seolah menemukan diri dengan sekumpulan manusia yang ajaib. Di panjatkan kesyukuran kerana Dia menemukan dengan manusia-manusia ini. Moga dipermudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat.

Ada beberapa hari sebelum pergi...saya secara peribadi...ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Soton yang telah banyak membantu saya sepanjang musafir di sini. Mohon maaf atas sebarang salah laku.

Azlan & Nani, Abang Taib dan Kak Mi, Ustaz Fadhil dan keluarga, Dr. Kan'an, Ustaz Lizam dan keluarga, Abang Razman dan Kak Lina, Vila 217…senarai ini akan terus berpanjangan…sehingga kepada semua adik-adik undergrad….sebagai tanda terima kasih saya…dari hati yang amat dalam.

Terima kasih warga soton…pengalaman ini akan terus terpahat di hati.

Musafir
9 Zulhijah

+ akan meninggalkan bumi Soton ke Sweden pada 11 Jan 2006 jam 2.00 am

@ 5:07 AM  

0 Comments:

Post a Comment

<< Home