Selamat Tinggal Dunia Maya
Minggu hadapan tahun 2007? Iya???
Oh..cepatnya masa berlalu. Cepat sungguh!
Berakhir 2006 bermakna tibalah masa untuk AKMA undur diri.
Undur diri? Ohh..jangan bergurau. Tidak...tidak. AKMA tidak bergurau. Masa AKMA sudah tiba.
AKMA memulakan perjalanan di dunia maya pada 14 Ogos 2003. Bermula detik itu, persepsi AKMA dalam menyelusuri hitam putih hidup dimayakan. Dengan sedikit harapan, agar persepsi AKMA dalam mendepani kalut dunia, dapat dikongsi dan dihayati. AKMA tidak minta pandangannya tentang hidup dipersetujui 100% kerana AKMA amat menghayati prinsip coklat Smarties yang berbagai warna. :) Juga seperti yang pernah AKMA katakan dulu, ada banyak jenis ketupat. Ketupat jantung, ketupat sate, ketupat daun palas. Matlamatnya cuma satu, agar siapa yang memakannya berasa tenang dan kenyang. Yang penting, penganyam ketupat sate jangan berbalah dengan penganyam ketupat jantung. Hormatilah pandangan masing-masing dan bergeraklah seiring jalan. Kerana matlamat kita sebenarnya bukan kenyang. Kenyang cuma ujian. Menganyam juga ujian. AKMA senyum lagi.
AKMA membuat saya keliru!
Ohhh...I'm sorry...I'm sorry (barangkali senada dengan Rita Rudani). Senyum. Ya...barangkali AKMA kerap membuat manusia keliru dengan persepsi yang pelik-pelik. AKMA minta maaf.
AKMA harus minta maaf kepada pecinta bahasa kerana dalam catatan AKMA, terlalu banyak salah nahu dan tatabahasanya. Kerap AKMA menulis dari hati tanpa merujuk. Dan itulah hati AKMA, terlalu banyak pincangnya. AKMA juga mohon maaf kepada semua pengunjung setia AKMA, samada ketika AKMA bernadi di bawah url andakaumenjadiaku.blogspot atau kembarasolo.blogspot. Walau ada sedikit yang terguris di hati, AKMA pohonkan kemaafan.
Terima kasih.
Ya...AKMA juga harus menzahirkan perasaan terima kasih. Terima kasih kepada semua kerana sudi meminjamkan sedikit kasih buat AKMA. Yang memberikan kekuatan untuk AKMA menulis. Buah fikiran, lintasan hati, catatan perjalanan AKMA sebenarnya bukanlah milik AKMA tetapi 'milik' sahabat-sahabat juga. AKMA sebenarnya tiada. AKMA bukanlah blog. AKMA cuma persepsi.
Aduh...AKMA makin buat saya keliru!
Ohhh...maaf sekali lagi. AKMA bukan hakmilik, tapi anugerah. Boleh begitu? Senyum.
Pedih sebenarnya menyudahkan catatan terakhir ini. Ianya seolah merenggut sesuatu dari lubuk hati. Tapi itulah adat perjalanan. Ada titik mula dan ada titik akhir. Walau pedih...tapi AKMA puas. Ya puas kerana dapat menyumbang sesuatu dalam hidup yang pendek ini. Terima kasih Tuhan.
Walau AKMA tiada di dunia maya, nadi AKMA akan terus berdenyut. AKMA akan sentiasa hadir di setiap hela nafas. Kerana AKMA bukanlah blog.
AKMA adalah persepsi.
Salam tenang dan salam kasih dari AKMA.
Nota kaki :
AKMA berkelana ke Kota Cinta/Kota Cahaya bermula esok sehingga hari terakhir 2006.

19 Comments:
At 12:45 AM,
Iman Mawaddah said…
Salam Abang Idham,
Tidak tahu hendak berkata apa. Walaupun ada setitis harapan mengharapkan apa yang diucapkan hanya lakonan seorang pelakon seperti Rita Rudaini..Saya pasrah dan hormati keputusan bro. Apa yang pasti, saya akan merindui persepsi AKMA.Selamat berkelana. Sampaikan salam sayang buat Kak Linda dan anak2.
Kesal..andai aku tahu kau buat keputusan begini..tidak akan aku mulakan persahabatan maya selewat September 2006..iaitu hampir setahun setelah ku kenali AKMA dalam diam
At 12:47 AM,
ainnur said…
salam AKMA,
tenangkan minda abang di sana ok...gud luck...
At 6:23 AM,
INDERA KENCANA said…
Penyair Hafiz pernah berkata,
Kita ini ketiadaan di dalam ada..
Selamat berkelana dan jangan lupa teman-teman di sini,ya!!
At 7:01 AM,
Anonymous said…
salam AKMA..
terlalu singkat mengenali AKMA
di alam maya..
Apa pun..selamat berkelana..semoga hari2 yg diharungi kan lebih tenang dan ceria hendaknya..
Salam AidilAdha dan selamat tahun baru 2007 dari Sakura..
At 12:03 PM,
abiumar said…
Hati merasa pili meniti entri teakhir ini. Apapun terima kasih yang bergelar sahabat.
At 12:04 PM,
abiumar said…
Hati merasa pilu meniti entri teakhir ini. Apapun terima kasih yang bergelar sahabat.
At 6:31 AM,
coklat~vanilla said…
salam abg idham
agak sukar utk saya terima yang AKMA bakal berakhir kerana disini.penghujung 2004 saya mengenali AKMA dan saya temui sesuatu yang amat berharga disini.walau apapon, saya menghormati keputusan bro.:)
semoga perjalanan hidup bro, kak linda dan juga permata2 hati dirahmatiNYA juga bahagia selamanya.
sepi bayu berbisik...
At 5:43 AM,
Sya said…
Salam
Baru sahaja mengenali di dunia maya, telah ingin menghilangkan diri (sigh...) apa pun juga semoga di bawah perlindungan Allah di mana jua anda berada.
At 3:20 PM,
hakim dirani said…
Akma, sebenarnya saya masih belum percaya apa yang saya baca di sini. mudahan ia hanya mimpi buruk sebelum sata tersedar.
At 4:57 AM,
pekan said…
abg id dan akma adalah sama & serupa..? emm..
apa pun, sy doakan semoga berbahagia.. take care..
At 5:48 AM,
Sri Diah said…
Walaupun tiada di alam maya tapi AKMA tetap ada dalam hati akak. Jangan lupa menjejak akak walau di mana AKMA bernafas di bumi Tuhan ini. Good luck and take care.
At 12:04 AM,
Bunga Rampai said…
Salam Akma,
andai kau menjadi aku, kau akan mengerti
... dan aku cuba menjadi kau, aku cuba untuk mengerti. Alahai...
Doa saya mengiringi untuk kedamaian dan ketenangan hatimu.
Salam kasih.
At 1:20 AM,
Sang Perba said…
AKMA
perjalanan yang panjang ini sebenarnya semakin pendek!
good luck! Hope to see you soon...
At 8:42 AM,
Anonymous said…
u left us forever?not even leave any single of ur past entries for us to digest?ralatnye raseeeee :(
At 12:18 PM,
khairyn said…
salam akma,
saya pulang dan akma telah pergi. Tertinggal keretapi lagi rupanya saya :p
Semoga sejahtera dan sentiasa dipayungi rahmatNya
At 5:28 AM,
Kaklong Syikin said…
salam,
di mana pun bro.Akma berada, moga bahagia dan tenang hendaknya.
dah habis menuliskah?
At 3:07 PM,
me,myself n all around da world said…
staroba ya??
At 8:01 AM,
Bunga Rampai said…
Salam Akma,
Ada seekor burung nuri itu sering hinggap di sebuah teratak walau dia tahu teratak itu tidak bertuan. Dia cuma mengharapkan, barangkali masih ada sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh empunya teratak untuk dijadikan santapanya. Hampa, tiada. Lalu dia terbang. Kemudian datang lagi. Terbang. Datang lagi.
Memang aneh, ada beberapa kejadian yang sukar sekali ditafsir.
Dan burung nuri itu cuba menjadi empunya teratak itu, dia cuba untuk mengerti.
Moga Akma dalam tenang selalu.
At 10:11 AM,
Bunga Rampai said…
Salam Akma,
Terima kasih masih ingat teratak saya :)
Padatkan ibadah menuju Lailatul Qadar.
Post a Comment
<< Home