Wednesday, December 13, 2006

Terima kasih...

Pemberian tidak seberapa itu selamat sampai di selatan tanah air...tepat di hari lahirnya. Dan panggilan telefon semalam...penuh dengan sendu terharu. Berulang kali tersayang mengucapkan terima kasih. Bagi yang telah berpeluang menyaksikan filem Cinta...barangkali masih mengingati bait-bait Rita Rudani mengungkapkan I'm sorry....I'm sorry...

Begitulah juga sendu semalam tetapi ianya ungkapan terima kasih...terima kasih...

Begitulah suri yang sentiasa dekat di hati ini...tidak pernah meminta apa-apa semenjak dulu. Sentiasa menolak untuk dibelikan apa-apa. Sentiasa mahu mendahulukan anak-anak.

Saat-saat begini AKMA memendam rindu yang teramat...barangkali menyamai rindu Indera kepada gelak tawa penyeri hidupnya. Atau mungkin juga rindu Bayu Senja kepada mamanya.

@ 4:56 AM  

9 Comments:

  • At 5:50 AM, Anonymous Anonymous said…

    hai. salam perkenalan. terima kasih kerana hadir di laman saya. semoga bersua lagi di lain masa!

    kamu ni berjiwa romantis ya!

     
  • At 8:58 AM, Anonymous Anonymous said…

    sweetnya... Saya yang baca pun rasa terharu...

    :-)

    salam dari
    ~ Cik Honey Strawberry

    (p/s :- mendung belum berarak pergi, tp semoga ada pelangi...)

     
  • At 1:13 PM, Anonymous Anonymous said…

    very touching..semoga kuntuman kasih tetap mekar selamanya...

     
  • At 2:06 PM, Blogger khairyn said…

    Salam akma

    Ya! Tekaan saya betul sekali... errr walaupun terlambat. 'Significant' nombor itu pada alamat email akma.

    Selamat ulang tahun untuk suri hati Akma. Syukur diberikan waktu untuk terus berhijrah di bumiNya. Semoga dia diberkati Allah, tabah, dipermudahkan segala urusan dan diperbanyakkan lagi rasa cinta pada Allah dan RasulNya.

    Semoga Akma pula beroleh kejayaan dan cepat2 bersama keluarga tercinta yang sentiasa mencintai dan merindui Akma.

    Mungkin tahun depan Akma dapat bersama2 menyambut hari lahirnya. InsyaAllah. :>

     
  • At 2:09 PM, Blogger khairyn said…

    ops...kenapa lain pula yang keluar.. ryhan = khairyn

     
  • At 7:04 PM, Blogger BaYu SenJa said…

    Mungkin kau dan aku kini mengerti..
    namun tak semua yang aku mengerti tentangMu..

     
  • At 1:17 AM, Blogger AKMA said…

    Niey : romantis? ntahlah...saya cuma cuba-cuba ikut pesan manusia Agung...menggembirakan yang tersayang itu tuntutan. :) terima kasih bertandang.

    cik honey strawberry : alhamdulillah...kembalinya AKMA ke maya kerana Diman. Bila sang pelangi muncul...mungkin hadir AKMA sudah sampai ke penghujung...

    sakura : terima kasih atas doa. ya...doa juga buat sakura agar kasih sentiasa mekar

    khairyn@ryhan : opss..boleh bertukar ya. tak apa...AKMA tahu kalau dari glasgow tu siapa. :)

    bayu : kita sebenarnya tidak mengerti. kita cuma faham sedikit kerana kita tidak pernah tahu skrip penuh hidup ini. tak apalah...dengan mengerti alam sedikit demi sedikit...kita cuba mengenal DIA. BUkankah DIA tujukan kepada...yang 'memerhati'?

     
  • At 7:21 AM, Anonymous Anonymous said…

    huhu...rumantikssnye angah dan suri hatinyers... eden tumpang terujerss... dah tgk cite cinta tu ekk?...huhu... eden kat mesia ni pon lom nengok laie...

    batikchanting a.k.a suezahid

     
  • At 2:56 PM, Blogger BaYu SenJa said…

    Akma,
    Saya kagum dengan bait kata akma. menarik!!
    memang betul manusia tak mengenali skrip apa yang bakal dilalui..tapi biar kita mengerti prinsip hidup terpuji, untuk tempuhi apa jua skrip hidup menanti :)

     

Post a Comment

<< Home