Kita hanya coklat

Sebagaimana coklat 'Smarties' yang bermacam-macam warna...begitulah juga takdir hidup manusia. Coklat biru akan merenung coklat merah dan berkata...bagusnya kalau aku jadi coklat merah..sentiasa menjadi pilihan anak-anak. Dalam masa yang sama, coklat biru tidak sedar, coklat merah sentiasa mencemburuinya kerana coklat yang sentiasa di kenang anak-anak adalah coklat yang terakhir di makan...ya..coklat biru.
Merah atau biru...kita cuma coklat...
Lalui...dan panjatkan doa...kerana kita pasti di 'makan' juga...tanpa mengira warna...kerana....kita coklat Smarties!
Senyum....
+++++
"Bourgeois-Bailetti and Cerbus (1977) researched color associations of preschool children as related to mood, they found that the color red is chosen as a preferred color more often than any other color regardless of mood influences.Palmer (1973) also found that red was chosen most often regardless of children's age or race."
Ref :
1. Bourgeois-Bailetti, A M., & Cerbus, G. (1977). Color associations to mood stories in first grade boys. Perceptual and Motor Skills, 45. 1051-1056.
2. Palmer, E. L. (1973). General color preference in young children of different race, age, and neighborhood of residence. Perceptual and Motor Skills, 36. 842.
Source : Shoots E. (1996) The Effects of Stereotypes and Situational Factors on Children's Favorite and Preferred Colors

20 Comments:
At 2:03 PM,
Anonymous said…
...dan coklat-coklat Smarties berwarna lain pasti mencemburui Merah & Biru, kerana AKMA tidakpun menyebut warna-warna lain. Di mana pula letaknya warna-warna yang lain yang langsung tak dipilih oleh syarikat Smarties untuk dijadikan colour menyaluti coklat mereka?
kita bukan coklat Smarties...
At 12:59 AM,
khairyn said…
salam Akma
analogy that applicable for both psychological and sociological views.
Kanak-kanak memang suka warna terang. Merah memang menjadi pilihan. Yang ke2 mungkin oren tapi yang terakhir tetap berwarna suram seperti perang(?).
Kita sesama sendiri juga suka yang indah2, mahu yang cantik2 bukan? Kenapa kita rakyat Malaysia mudah mengucapkan 'good morning' dan sebagainya pada bangsa 'albino' (Western) tapi bila mengucapkan sesama kita, kita dilabel pula gatal?
As opposed to the 'above' statement, saya kata ... kita memang coklat Smarties hahaha :>
At 1:23 AM,
Sang Perba said…
Tidak kisah apa warna sekalipun sekiranya warna kasih telah ditemui
At 4:33 AM,
Iman Mawaddah said…
Apa2 pun warna coklat smarties..dasar dan rasanya tetap sama tiada bezanya.Yang berbeza hanya perasaan manusia yang menikmatinya.
Putih juga yang kekal bersama..lahirnya ia dalam keadaan 'putih' tanpa palitan warna..matinya jua diiringi dengan putih meninggalkan palitan warna kehidupan penentu kedudukan di sisi Dia yang Maha Esa
At 5:51 AM,
INDERA KENCANA said…
Testing, testing 1 2 3 ...
At 5:55 AM,
INDERA KENCANA said…
Haa.. boleh pulak, Hehehehe...
Bang, terima kasih kerana mengingatkan saya. Ya, kita sama sahaja. Dua coklat Smarties... Cuma "warna" kita sahaja yang berbeza..
Juga hakikat kita "mencemburui" antara satu sama lain.
***Perbandingan Coklat Smarties. Hmm.. satu perbandingan yang cantik..
At 8:30 AM,
anak_desa said…
smarties colour lain : Adik yang sorang ni memang jurutera yang halus penelitiannya. Aduh...rindukan nasi goreng dia! Teringat saat-saat first time di sportscentre dan a warm welcome di 217.
khairyn : Ya! Kita coklat Smarties. Khairyn nak jadi color apa? :)
Jerangkung : Ayat tu buat AKMA terdiam. Ya benar sekali...'kasih pada DIA' sebenarnya yang buat kita tidak hirau lagi soal warna coklat. Terima kasih sahabat!
Iman : Ya...putihlah yang kita cari. Tapi diri ini...masih terus kelabu. Tuhan...
Indera : Semenjak blogger update ke beta,memang kerapkali bermasalah ruangan comments ni. Terima kasih kerana masih terus tegar bertamu ke mari wahai coklat. :)
At 4:17 PM,
Sri Diah said…
Salam;
Coklat Smarties mengingatkan AKMA pada sesuatu ya! Sabarlah. Kembara solo tidak selamanya bersendirian... AKMA Akan bertemu pelabuhan biar di mana dan entah bila. Semoga sihat sejahtera selalu dik!
At 4:28 PM,
AKMA said…
kak sri,
terima kasih atas kata-kata nasihat. AKMA berbesar hati menerima kunjungan seorang tokoh besar! terima kasih...
At 5:52 AM,
pekan said…
saya suka warna biru..
kalau boleh semua nyer nak warna biru..
seindah langit biru yg terbentang luas..
At 7:45 AM,
Anonymous said…
salam
life and smarties chocolate. ermm...ada kaitannya, and i use to be one of the smarties lover dolus2...hehe :D
-batikchanting-
At 1:54 PM,
Kaklong Syikin said…
salam,
sukarnya hidup kalau suka membandingkan corak hidup kita dngn org lain..mengapa tidak kita bersyukur dgn apa yang adakan? sukarkah menjadi hamba yang tahu bersyukur? tidak sukar jika kita hari2 berdoa denganNYa supaya menjadikan kita hamba yang tahu bersyukur
patutnya kita mempunyai prinsip begini:
untuk kehidupan kita di dunia - bandingkan dgn org yg lebih susah drp kita, insyaAllah kita akan jd hamba yang tahu bersyukur
untuk kehidupan bahagia di akhirat -bndingkan diri kita dngn org yg kuat ibadat, insyaAllah kita akan sentiasa berlumba utk menjadi hamba yang bertaqwa sepanjang masa
At 10:39 PM,
Anonymous said…
puitis sungguh kata-katamu itu. harus dijadikan iklan! andai pemilik smarties membacanya pasti mereka akan mengubahsuai ayat ini untuk dikomersialkan..
At 3:00 AM,
hakim dirani said…
Hanya yang tahu bersyukur sahaja yang merasa cukup dengan apa yang ada, betulkan bang?
At 6:46 AM,
admin said…
Assalamualaikum...
Salam ziarah...Kali 1 masuk sini...Saudara kat mana ni??Apa2 pun 'haasibu anfusakum qabla an tuhaasibu' 'kita adalah coklat smarties yg sedang menunggu giliran dimasukkan kerongga bebudak' :)
At 10:18 AM,
Sya said…
Kita juga cam Smarties sebab walaupun diluar kita pelbagai warna tapi kita masih berdarah merah dan masih dipanggil "manusia". Dalam coklat Smarties masih lagik warna coklat.. dan Smarties masih kategori coklat walau apapun warnanya
At 6:56 PM,
AKMA said…
Pisces: Kata org....pecinta warna biru romantik orangnya. Benar kah?
batikchanting : Ya..kadang mengunyah Smarties...kita tidak sedar...kita juga Smarties. :)
Bro Idham : Thanks a lot!
Syikin : Insya-Allah...doa dan harapan agar kita semua sentiasa sedar siapa 'insan'.
Nieys : agaknya ntah-ntah dah ada iklan Smarties sebegini agaknya. Senyum.
Hadid : Wallaikumussalam. Terima kasih sudi bertamu. Saya di bumi Belanda.
Sya : Satu perlambangan yang menarik!
At 8:26 AM,
Adinina said…
salam,
kerana blog ni lah sy terjumpa kawan sy (ghoyye). kecilnya dunia.mcm smarties.
At 10:19 AM,
zaihana said…
salam kenal untuk AKMA juga..seronokkah kembara di negara orang..teringin nyer..
At 6:31 PM,
AKMA said…
adinina : alhamdulillah.
nor zaihana : kembara di negeri orang...ada manis...ada pahitnya. tapi pengalamannya...amat berharga.
Post a Comment
<< Home