Kita harus laluinya...
AKMA menerima satu email panjang. Soal dugaan hidup...soal resah dan tenang..soal tabah. Subhanallah. AKMA terlalu kerdil untuk menjawab persoalan tenang dan tabah. Musafir AKMA masih baru setahun jagung usianya. Tidak layak untuk mengulas soal tabah cuma yang AKMA boleh katakan...setiap kita harus laluinya sendiri!
Mari ambil sedikit masa. Masih ingat dulu...beratus tahun dulu...ada seorang manusia yang dilempar batu..di caci maki...kemudian dia kehilangan orang tersayang bertimpa-timpa? Ingat lagi manusia itu? Juga...masih ingat cerita betapa manusia itu dikatakan tenang orangnya...tabah orangnya.
Tuhan mampu saja kalau mahu melindungi manusia itu agar tidak dicaci maki dan dilempar batu...tapi Tuhan 'biarkan'. Zalimkah Tuhan?
Bagi AKMA...lemparan batu...caci maki..dan dugaan yang bertimpa-timpa itulah yang menjadikan manusia itu tenang dalam hidupnya. Ada ketikanya dia sedih, kecewa dengan dugaan hidup. Tapi makin lama manusia itu makin sedar bahawa dia harus laluinya sendiri..untuk dia lebih faham makna tabah dan tenang. Dan dia faham...pedih dan perit...cuma medium...untuk dia lebih dekat kepadaNYA. Lalu dia senyum...dan lalui saja musafirnya.
Kita cuba-cubalah untuk mengikuti jejak langkah manusia itu ...mana tahu...dengan mengikuti jejak dia...Tuhan sayang...

10 Comments:
At 4:30 AM,
Anonymous said…
REDHA adalah kunci kepada ketenangan...malah amat jarang diri disuntik amarah cuma kali ini termeletop la pulak api amarah tu....bagaikan volcano di hawai yg baru2 ni meletuskan amarannya...hehehe
terima kasih atas cadangan menggunakan racun rumpai tu...
At 6:19 AM,
Anonymous said…
Salam AKMA,
Hati kecil saya tersentuh dengan nukilan ini. Meredup rasa. Ya ...
andai kau menjadi aku, kau akan mengerti
At 6:27 AM,
Iman Mawaddah said…
Dunia adalah pentas ujian..hanya yang tabah dan cekal mampu menghadapinya.
At 2:38 AM,
zwitterion said…
Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan bersesuaian dengan kesanggupannya.
At 5:42 AM,
pekan said…
semoga terus tabah.. hidup harus diteruskan..
** peringatan utk diri ini juga..
At 9:12 AM,
INDERA KENCANA said…
AKMA, persoalan yang sama yang berlegar-legar di minda saya sewaktu memandu pulang dari kampung ke Bandar Tasik Puteri semalam.
Akhirnya saya lemas dengan persoalan kita dan hanya kesimpulan yang saya perolehi ialah kita sebagai hamba tidak berhak mempersoalkan musabab ujian itu ditimpakan ke atas kita. Allah maha mengetahui akan hikmah di sebaliknya. Allah itu melimpah dengan kasih sayangNya dan atas kasih sayanNyalah kita ini diuji dengan segala macam cubaan.
At 2:04 AM,
AKMA said…
ainnur : jangan terlalu kesal kerana marah itu hadir dalam hati. fitrahlah...kita sebagai manusia mempunyai percikan api itu.
rontol dan zwitterion: terima kasih bertamu ke AKMA. Sudi-sudikanlah lagi.
Bunga Rampai : Bahasa AKMA tidak apa-apa sebenarnya kalau dibandingkan dengan bahasa Bunga Rampai yang cukup halus. Malu saya.
Iman Mawaddah dan Pisces: Benar sekali...sepanjang musafir adalah ujian...senyum atau duka. MOga kita sentiasa diberi kekuatan.
Indera: Memang sebenarnya kita kerap kali keliru. Itu pentingnya duduk sebentar, diam dan renung. Dan mencari semula jejak-jejak pewaris Nabi.
At 11:39 PM,
Anonymous said…
kenapa melayu menganiaya melayu? roboh penempatan melayu untuk siapa pulak selepas ini?
kalau engkau di tempat aku, pasti engkau menjadi aku.. Namun engkau bukan di tempat aku, engkau langsung tak fikirkan aku..
Salam perkenalan :)
At 3:54 AM,
Anonymous said…
kalut dan kabut...terlalu ingin mencari ruang berkongsi rasa...dan syukur amat...ketemu jawaban itu di sini.terima kasih AKMA.syukur Alhamdulillah
At 2:34 PM,
AKMA said…
anonymous: andai ketemu damai di sini, ambillah. andai ketemu resah, perbetulkanlah AKMA. Salam ukhuwah. Terima kasih sudi bertamu
Post a Comment
<< Home